Feuilletine

FEUILLETINE HOMEMADE EASY

 

     

Apa itu Fueilletine :

Feuilletine ni sebenarnya adalah serpihan crêpe nipis yang dibakar hingga kering dan dihancurkan menjadi kepingan rangup. Simple kan ?

Manakala dalam dunia pastri, ianya digunakan untuk:

  • Memberi tekstur crunchy pada pastry yang dibuat
  • Menambah dimensi rasa dalam dessert yang dibuat
  • Menjadikan pencuci mulut nampak lebih premium dan nampak garang

Feuilletine biasanya dicampur dengan coklat, praline, atau pes hazelnut untuk menghasilkan crunch layer dalam kek moden macam yang kita nampak dalam social media sekarang.

Asal Usul & Cerita Ringkas Feuilletine

Feuilletine berasal daripada tradisi pastri Perancis. Kisahnya bermula apabila lebihan crêpe dentelle (crêpe yang sangat nipis dan rangup) yang tidak mahu dibazirkan (sama kisah macam Caesar salad kan ? )

So apa yang chef pastry ni buat, dia mula:

  1. Membakar balik crêpe itu tadi sehingga kering
  2. Menghancurkannya menjadi serpihan
  3. Menggunakannya sebagai elemen tekstur dalam dessert

Sejak itu, feuilletine menjadi bahan penting dalam dunia pastry moden — terutama dalam:

  • Entremet
  • Praline crunch
  • Chocolate base layer

Hari ini, feuilletine digunakan secara meluas oleh chef – chef pastry profesional untuk menghasilkan tekstur rangup tahan lama dalam pencuci mulut.

Kisahnya menarik sebab ia lahir bukan dari idea dessert mewah, tapi daripada cara menghidupkan kembali snek tradisional menjadi elemen gourmet. Jadi, setiap serpihan feuilletine bukan sahaja menambah rasa rangup, tetapi juga membawa sedikit sejarah pastry Perancis ke pinggan kita.

 

     

Jom kita start buat Feuilletine versi mudah

Bahan-bahan (Adjust sukatan mengikut banyak mana korang buat)

  • 1 biji telur
  • 40g gula kastor
  • 30g mentega cair
  • 60ml susu segar
  • 50g tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil esen vanila

Cara Penyediaan

Buat Adunan Crêpe Nipis

  • Pukul telur + gula hingga sebati
  • Masukkan mentega cair & susu
  • Kacau tepung dan campur hingga licin
  • Tambah esen vanila (Mengikut sukatan yang korang inginkan)

Masak Crêpe Nipis

  • Panaskan kuali non-stick
  • Tuang adunan nipis
  • Masak hingga kering & sedikit garing

Jadikan Feuilletine

  • Bakar crêpe pada suhu 160°C selama 8–10 minit
  • Sejukkan dalam peti ais
  • Keronyokkan dia hingga jadi serpihan kecil

Cara Simpan :

• Boleh simpan dalam bekas kedap udara dan ianya boleh tahan rangup hingga 2 minggu.
• Elakkan dari Kawasan simpanan yang terdedah kepada kelembapan

Cara Guna :

• Lepas keluarkan boleh campur dengan coklat cair untuk jadikan dia base kek yang crunchy.

• Korang boleh juga tabur atas kek mousse sebagai penambah tekstur kek

• Selain tu oleh juga campur dalam praline so nampak macam premium sikit

• Atau korang bole jadikan dia hiasan dessert premium macam aiskrim

 




SELAMAT MENCUBA

 

 

 

Comments

Most Viewed