Cara Membuat Nasi Kerabu

 




NASI KERABU


Kalini kita nak bercerita mengenai salah satu nasi paling femes di Malaysia iaitu Nasi Kerabu. So seperti yang kita tahu nasi kerabu ni adalah salah satu makanan tradisional dari negeri kelantan dan juga terengganu. Ia terkenal dengan warna biru yang unik serta gabungan rasa masam, manis, dan pedas.


Tahukah korang sebenarnya asal usul nama kerabu itu sendiri merujuk kepada salad herba dan ulam - ulaman mentah yang dicampur dalam nasi manakala warna biru itu dihasilkan daripada bunga telang, yang direbus dan digunakan untuk mewarnakan nasi kerabu secara semula jadi.


Korang perasan tak nasi kerabu yang dijual di khemah - khemah tepi jalan atau restoran - restoran semua nya dihidangkan bersama pelbagai jenis lauk pauk tetapi sebenarnya ianya hanyalah sekadar tambahan atas kesesuaian sahaja. Berikut adalah komponen asas asal nasi kerabu.


  1. Nasi Biru (dimasak bersama dengan bunga telang)

  2. Ulam-ulaman – hirisan halus daun kesum, ulam raja, taugeh, dan timun.

  3. Kelapa Goreng (Sambal Nyior) – kelapa parut disangai dan digaul dengan rempah.

  4. Sambal – pedas dan pekat, penambah rasa utama.

  5. Ikan / Ayam – biasanya ikan kering goreng, solok lada, atau ayam percik.

  6. Telur Masin

  7. Keropok / Kerepek – tambahan untuk tekstur rangup.

  8. Kuah Tumis / Kuah Lemak – sesetengah versi tuang kuah di atas nasi.







Jenis nasi kerabu :


Nasi kerabu ni setakat ni ada 3 jenis jelah tak tahula jika ada banyak lagi warna lain diluar sana.


Nasi Kerabu Biru yang dimasak dengan bunga telang.


Nasi Kerabu Kuning atau ada juga memanggilnya dengan nama nasi kerabu golok dengan kunyit, popular juga di kalangan masyarakat negeri Terengganu.

Nasi Kerabu Putih iaitu nasi kerabu kosong yang hanya dimakan dengan ulam dan lauk sama.


Jom kita cuba buat Nasi Kerabu versi ringkas yang sangat mudah dan bole dibuat di rumah masing - masing







RESIPI NASI KERABU

Resipi Nasi Kerabu Simple Homemade (2–3 orang makan)

Bahan untuk Nasi Biru:

  • 2 cawan beras, beras bebas

  • 10 kuntum bunga telang, direbus dan ditapis airnya jika tiada bole sahaja guna pewarna biru sedikit

  • 2 helai daun limau purut, sekadar penaik aroma.

  • Air secukupnya

Cara - caranya :

  1. Masak nasi seperti biasa menggunakan air rebusan bunga telang.

  2. Masukkan daun limau purut untuk bau wangi.


Ulam & Sampingan:

  • Taugeh (dicelur)

  • Timun, kubis, daun selom – dihiris halus

  • Telur masin – dibelah dua

  • Keropok / emping – untuk rangup


Sambal Kelapa (Sambal Nyior):

  • 1 cawan kelapa parut

  • 2 ulas bawang merah

  • 1 hiris halia

  • 1 sudu kecil lada hitam

  • Garam & gula secukup rasa

Cara - caranya :

  1. Tumbuk semua bahan kecuali kelapa.

  2. Gaul bersama kelapa parut.

  3. Sangai (goreng tanpa minyak) sebentar hingga wangi.


Lauk Pilihan (Ayam Goreng Kunyit Ringkas):

  • 2 ketul ayam – potong kecil

  • 1 sudu teh serbuk kunyit

  • Garam secukupnya

Cara - caranya :

  1. Perap ayam dengan garam dan kunyit 15 minit.

  2. Goreng hingga garing.


Sambal Cili (Optional tapi power!):

  • 5 biji cili merah

  • 1 ulas bawang putih

  • 1 sudu cuka, gula, dan garam

Cara - caranya : Kisar semua dan tumis hingga pecah minyak.


Cara Hidang:

Susun nasi biru di tengah pinggan. Letak ulam di sekeliling, sambal kelapa, ayam goreng, telur masin, keropok dan sambal. Siap dihidang!

 AbangSodok Kata:

Kalau korang cuba resepi ni, jangan lupa tag @abangsodok di TikTok atau Instagram! Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!




SELAMAT MENCUBA !


Comments

Most Viewed