JOM BELAJAR BUAT KUIH SERABAI
Kuih serabai merupakan kuih tradisional Melayu yang semakin mendapat perhatian semula dalam kalangan masyarakat Malaysia. Walaupun dahulu ia lebih dikenali di kampung-kampung atau dalam kalangan generasi lama, kini ia kembali popular dalam kalangan generasi muda dan pelbagai kaum melalui usaha pemeliharaan warisan makanan.
Sedikit cerita tentang penggunaan kuih serabai dalam Majlis-Majlis di Malaysia
Kuih serabai sering digunakan dalam pelbagai majlis dan acara yang berteraskan budaya serta tradisi:
Majlis Kenduri & Tahlil
Semua orang rasanya pernah jumpa kuih ni bila ada nya kenduri - kenduri kat kampung baik kenduri tahlil atau apa sahaja kenduri, dah macam pencuci mulut wajib bila ada nya kenduri. Biasanya lepas setel baca doa apa semua baru kita makan kuih ni.
Festival Makanan & Warisan
Setiap kali kalau kita berkunjung ke hari festival makanan atau festival yang melibatkan kebudayaan, kuih ni mesti ada punya. Rugi oo kalau tak ambil sampel free kalau diorang bagi tu. Tujuan diorang bagi merasa bukan nak beritahu yang kuih dia sedap tetapi ianya lebih kepada rasa warisan asli kuih kuih tradisional di Malaysia
Jamuan Rasmi Bertema Tradisional
Kalau kita selalu atau dijemput ke jamuan jamuan rasmi kerajaan terutama yang bertemakan ala - ala tradisional, kuih ni mesti ada sebagai pelengkap sampingan kepada kuih kuih lain.
Hidangan di Hotel & Restoran Tradisional
Mana - mana yang kaki buffet ramadhan mesti pernah jumpa kuih ni, tipu la tak pernah jumpa. Ataupun korang dok makan kambing je sampai tak perasan kuih ni ada. Sekarang kebanyakan buffet - buffet pun ada mengeluarkan dan memperkenalkan satu bahagian kuih - kuih tradisional sebagai simbol mengingati semula “vibe - vibe” waktu kecil kita.
Pengalaman saya bersama kuih serabai :
Part ni ada sedih sikit, sebab bila saya turun padang untung membuat video review. Tidak ramai menjual kuih serabai yang unik ni. Hal ini kerana generasi sekarang kurang minat berniaga makanan tradisional dan memilih ke arah makanan “fusion” yang pelik - pelik dan benda ni pun tidak lah asing dengan diri kita yang selalu memilih makanan - makanan viral “ instead of” makanan tradisional.
Ada je kedai - kedai yang menjual kuih serabai ni dan ianya juga ada banyak variasi sebagai contoh ada yang jual kuih serabai makan dengan kuah durian (rasanya sedap) dan ada juga yang menjual kuih serabai dimakan dengan gula melaka .
Dah jom kita buat kuih serabai, di bawah ni saya sertakan resipi asas membuat kuih serabai. Segala pengubahsuaian adalah mengikut kreativiti masing - masing.
Jom buat Kuih Serabai
Bahan-bahan untuk Kuih Serabai
2 cawan tepung beras (mengikut berapa orang makan)
1 sudu teh yis kering
1 sudu besar gula
1 ½ cawan santan suam
Sedikit garam
Minyak untuk menyapu kuali (tak kisah minyak apa apa pun bole jangan minyak hitam sudah)
Langkah-langkah Penyediaan Kuih Serabai
1. Aktifkan yis
Campur yis, gula dan sedikit santan suam. Biarkan berbuih (10–15 minit).
2. Sediakan adunan
Campur tepung beras dan garam dalam mangkuk besar. (
Masukkan campuran yis dan baki santan. Kacau hingga sebati.
Perap selama 1 jam hingga adunan mengembang.
3. Masak kuih serabai
Panaskan kuali leper atau kuali non-stick. Sapu sedikit minyak.
Tuang satu senduk kecil adunan di tengah. Jangan ratakan.Biarkan je
Masak atas api perlahan hingga permukaan berlubang-lubang dan bahagian bawah keperangan.
Angkat tanpa diterbalikkan.
Kuah Gula Melaka
Bahan-bahan / Ingredients:
200g gula melaka (gula kabung)
½ cawan air
1 cawan santan pekat
1 helai daun pandan
Sedikit garam
1 sudu teh tepung jagung (jika mahu lebih pekat)
Cara penyediaan
Masak gula melaka, air dan daun pandan hingga larut.
Tapis dan masukkan semula ke dalam periuk bersama santan dan garam.
Masak atas api kecil sambil dikacau hingga pekat.
Boleh tambah bancuhan tepung jagung jika mahu lebih likat.
Cara Hidangan / How to Serve
Tuang kuah gula melaka ke atas kuih serabai atau hidang secara berasingan untuk dicicah.
Comments
Post a Comment