JOM BUAT Cendol

CENDOL 


CENDOL

PENGENALAN SERBA SEDIKIT MENGENAI CENDOL

Cendol merupakan antara pencuci mulut yang paling disukai di Malaysia. Dikenali dengan tekstur kenyal dan rasa manis yang sangat menyegarkan, cendol sangat popular di kalangan penduduk tempatan dan juga pelancong luar negara.

Ia mudah didapati di gerai tepi jalan, warung kopi, dan juga bole dijumpai di dalam majlis-majlis formal seperti perkahwinan dan lain-lain

Cendol merupakan pencuci mulut wajib bagi orang Malaysia setelah berhempas pulas di bawah terik mentari. Untuk harga juga tidaklah mahal sangat di antara Rm 1 hingga Rm 20

bergantung pada tempat dan kawasan perniagaan.


PENGALAMAN SAYA BERSAMA CENDOL

Selama saya membuat "Food Review", antara makanan yang saya tak pernah jumpa kedai kosong ialah cendol. Setiap kali saya review cendol kedai tersebut mesti ramai kerana cendol memang pencuci mulut yang sangat mudah di dapati di mana mana.


Selain itu juga dalam dunia “Content Creating”, Cendol merupakan salah satu daya yang mampu menarik tarikan “views” dan juga “engagement” yang tinggi. Dia punya tinggi “engagement” tu sampai satu tahap harini saya buat video dan post di mana mana sosial media saya esok kompem kedai tu terbalik (ramai pengunjung).


Salah satu daya tarikan yang saya nampak pada cendol ni adalah gaya / cara / proses pembuatanya yang sangat unik dengan mesin kisar ala ala antik nya membuatkan pelanggan nampak terpesona dan asyik mendengar bunyi ais yang dikisar dan bersedia untuk dihidangkan.


Tak cukup dengan itu, kebanyakan “Street Cendol” mempunyai daya tarikan yang sangat kuat selain cendol iaitu rojak. Ini juga antara makanan sampingan wajib yang mana kata kalau kita berada di sana kurang-kurang 2 atau 3 pinggan makan. Bak kata orang kampung memang syahdu kalau pekena 2 benda ni waktu tengahari.


Sekian pengalaman ringkas saya bersama cendol, di bawah ni saya sertakan cara penyediaan asas dalam proses membuat cendol D.I.Y (Do it yourself)


Resipi Cendol | Cendol Recipe


Bahan-bahan yang diperlukan :

👉 Untuk cendol :

  • 1 cawan tepung beras

  • 1/2 cawan tepung kacang hijau (tak wajib)

  • 2 sudu besar air daun pandan (nak guna syrup pandan pon bole)

  • 1/4 sudu kecil garam

  • 3/4 cawan air

  • Ais ketul (tapi jika ais kisar ade lagi baik)

👉 Untuk air gula melaka :

  • 200g gula Melaka 

  • 1/2 cawan air

  • 1/2 sudu kecil daun pandan (diketuk)

  • 1/4 sudu kecil garam

👉 Untuk santan

  • 1 cawan santan pekat 

  • 1/2 cawan air

  • 1/4 sudu kecil garam


Cara-cara

👉 Untuk buat cendol:

  1. Prosesnya sangat mudah, mula mula masukkan tepung beras, tepung kacang hijau, air daun pandan, garam, dan air dalam satu periuk.

  2. Lepastu korang masak dengan api sederhana, kacau sentiasa sehingga adunan menjadi pekat dan berkilat. Kalau tak pekat dan berkilat, sambung kacau sampai tekstur nampak pekat dan berkilat

  3. Pastu letakkan acuan cendol di atas mangkuk berisi air sejuk atau air batu (pastikan sejuk)

  4. Pastu korang tuangkan adunan cendol tu tadi ke dalam acuan dan tekan untuk proses membentuk cendol.

  5. Pastikan adunan masuk ke dalam air sejuk untuk mengeras.

  6. Angkat cendol yang telah keras dan ketepikan.


👉 Untuk membuat air gula Melaka:

  1. Panaskan gula Melaka, air, dan daun pandan dalam periuk hingga gula larut sepenuhnya.

  2. Masukkan garam dan kacau rata. Angkat dan sejukkan.


👉 Untuk membuat santan:

  1. Campurkan santan, air, dan garam dalam satu periuk. Panaskan dengan api kecil.

  2. Jangan biarkan santan mendidih. Cukup sekadar nampak santan tu berasap.


👉 Menyediakan Cendol:

  1. Ambil mangkuk dan letakkan cendol yang telah dibuat di dalamnya.

  2. Tuangkan air gula Melaka ke atas cendol, dan tambahkan santan di atasnya.

  3. Tambahkan ais ketul atau ais kisar dan siap !


Tips untuk cendol korang lebih sedap dan gempak :

  • Nak lagi padu korang bole letak beberapa bahan lain di dalam nya supaya lebih sedap macam durian, gula kabung, kacang merah dan lain2.




SELAMAT MENCUBA !





Comments

Most Viewed