JOM BUAT Kuah Rojak Petis
Kita cerita sedikit pembuka kata mengenai kuah rojak petis di Malaysia
Kuah rojak petis merupakan salah satu sos tradisional yang sangat femes di Malaysia, khususnya di kawasan Pantai Barat Semenanjung Malaysia seperti Pulau Pinang, Perak, Melaka, dan Johor.
Sos ini berasaskan petis udang, yang memberikan rasa masin, manis, pedas, dan sedikit asam, serta sering digunakan dalam hidangan rojak.
Penggunaan Kuah Rojak Petis
Rojak Buah
Ni memang biasa la orang kita buat, guna kuah rojak petis buat cicah buah-buahan segar seperti timun, sengkuang, mangga, nenas, dan jambu air.
Rojak Tauhu & Tauhu Bakar
Ada juga orang buat Kuah rojak petis sebagai cicah atau kuah utama untuk tauhu goreng atau tauhu bakar, ditambah dengan sayur-sayuran segar. Dah pernah cuba belum ? ha kalau belum follow resipi di bawah dan bole cuba di rumah.
Rojak Mee
Mamak style !, yang ni biasanya bole jumpa kat kedai kedai mamak. Diorang akan siram kuah rojak petis ni atas mee rojak. Tak kisahla rojak apa pun memang ini kuahnya.
Pencicah Serbaguna
Selain itu, kuah rojak petis ada juga orang gunakan sebagai pencicah untuk makanan ringan seperti keropok, cucur udang, atau spring roll tapi mengikut atas kesesuaian.
PENGALAMAN SAYA BERSAMA KUAH ROJAK PETIS
Alhamdulillah ni dah tahun saya yang ke 4 di dalam dunia “Foodie Content”, dan banyak sebenarnya saya nak kongsikan dalam ni dan antara nya ialah kuah rojak petis.
Tahu tak apa yang uniknya kuah rojak petis ni ? Yang uniknya 10 kedai kita pergi kesemua sepuluh-sepuluh itu tadi membawa rasa yang berlainan. Dah la rasa lain - lain, masalahnya semua tu sedap Haha !.
Walaubagaimanapun, Kuah rojak ni memang tidak asing lagi la bagi rakyat malaysia. Sebut je nama kuah ni 2 daripada 10 rakyat malaysia kompem tahu, dah la tahu bole siap bagi nama kedai lagi mana port nak makan sebab iainya dah kira macam makanan wajib dulu - dulu kita yang kaki lepak tepi pantai.
Ha begitulah cerita serba sedikit tahap penerimaan kuah rojak ni pada orang Malaysia. So kat bawah ni saya share resipi serba ringkas dan mudah untuk korang buat di rumah. Jika ada apa apa pertanyaan bole direct sahaja di “Homepage” blog ni dan tanya sahaja di sana.
Resipi Kuah Rojak Petis
Bahan-bahan :
👉 Untuk kuah rojak petis
4 sudu besar petis udang
4 sudu besar gula Melaka
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar cuka makan
1 sudu besar kicap pekat
1/2 cawan air
2 sudu besar kacang tanah tumbuk
1 sudu besar bijan sangai (jika perlu)
👉 Untuk bahan kisar :
2 biji cili merah besar
3 tangkai cili kering (direbus)
1 ulas bawang putih
Sedikit belacan bakar (jika nak)
Cara-cara :
Kisar bahan-bahan untuk kuah rojak (cili merah, cili kering, bawang putih, dan belacan) dengan sedikit air hingga halus.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali, dan tumis bahan kisar sekejap hingga naik bau.
Masukkan petis udang, gula Melaka, gula pasir, kicap pekat, dan cuka. Gaul rata.
Tambah air sedikit demi sedikit, kacau sehinggakuah menjadi peka t dan sebati.
Masukkan kacang tanah tumbuk dan bijan sangai (ikut suka). Gaul rata dan masak sekejap.
Tadaa. Kuah rojak petis dah siap!
Tips & Variasi | Tips & Variations:
Kurangkan sikit air kalau nak lebih pekat
Kalau nak pedas bole tambah sedikit cili.
Kalau nak masam and rumah korang tiada cuka, bole guna air asam untuk rasa masam
SELAMAT MENCUBA !
Kita cerita sedikit pembuka kata mengenai kuah rojak petis di Malaysia
Kuah rojak petis merupakan salah satu sos tradisional yang sangat femes di Malaysia, khususnya di kawasan Pantai Barat Semenanjung Malaysia seperti Pulau Pinang, Perak, Melaka, dan Johor.
Sos ini berasaskan petis udang, yang memberikan rasa masin, manis, pedas, dan sedikit asam, serta sering digunakan dalam hidangan rojak.
Penggunaan Kuah Rojak Petis
Rojak Buah
Ni memang biasa la orang kita buat, guna kuah rojak petis buat cicah buah-buahan segar seperti timun, sengkuang, mangga, nenas, dan jambu air.Rojak Tauhu & Tauhu Bakar
Ada juga orang buat Kuah rojak petis sebagai cicah atau kuah utama untuk tauhu goreng atau tauhu bakar, ditambah dengan sayur-sayuran segar. Dah pernah cuba belum ? ha kalau belum follow resipi di bawah dan bole cuba di rumah.
Rojak Mee
Mamak style !, yang ni biasanya bole jumpa kat kedai kedai mamak. Diorang akan siram kuah rojak petis ni atas mee rojak. Tak kisahla rojak apa pun memang ini kuahnya.Pencicah Serbaguna
Selain itu, kuah rojak petis ada juga orang gunakan sebagai pencicah untuk makanan ringan seperti keropok, cucur udang, atau spring roll tapi mengikut atas kesesuaian.
PENGALAMAN SAYA BERSAMA KUAH ROJAK PETIS
Alhamdulillah ni dah tahun saya yang ke 4 di dalam dunia “Foodie Content”, dan banyak sebenarnya saya nak kongsikan dalam ni dan antara nya ialah kuah rojak petis.
Tahu tak apa yang uniknya kuah rojak petis ni ? Yang uniknya 10 kedai kita pergi kesemua sepuluh-sepuluh itu tadi membawa rasa yang berlainan. Dah la rasa lain - lain, masalahnya semua tu sedap Haha !.
Walaubagaimanapun, Kuah rojak ni memang tidak asing lagi la bagi rakyat malaysia. Sebut je nama kuah ni 2 daripada 10 rakyat malaysia kompem tahu, dah la tahu bole siap bagi nama kedai lagi mana port nak makan sebab iainya dah kira macam makanan wajib dulu - dulu kita yang kaki lepak tepi pantai.
Ha begitulah cerita serba sedikit tahap penerimaan kuah rojak ni pada orang Malaysia. So kat bawah ni saya share resipi serba ringkas dan mudah untuk korang buat di rumah. Jika ada apa apa pertanyaan bole direct sahaja di “Homepage” blog ni dan tanya sahaja di sana.
Resipi Kuah Rojak Petis
Bahan-bahan :
👉 Untuk kuah rojak petis
4 sudu besar petis udang
4 sudu besar gula Melaka
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar cuka makan
1 sudu besar kicap pekat
1/2 cawan air
2 sudu besar kacang tanah tumbuk
1 sudu besar bijan sangai (jika perlu)
👉 Untuk bahan kisar :
2 biji cili merah besar
3 tangkai cili kering (direbus)
1 ulas bawang putih
Sedikit belacan bakar (jika nak)
Cara-cara :
Kisar bahan-bahan untuk kuah rojak (cili merah, cili kering, bawang putih, dan belacan) dengan sedikit air hingga halus.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali, dan tumis bahan kisar sekejap hingga naik bau.
Masukkan petis udang, gula Melaka, gula pasir, kicap pekat, dan cuka. Gaul rata.
Tambah air sedikit demi sedikit, kacau sehinggakuah menjadi peka t dan sebati.
Masukkan kacang tanah tumbuk dan bijan sangai (ikut suka). Gaul rata dan masak sekejap.
Tadaa. Kuah rojak petis dah siap!
Tips & Variasi | Tips & Variations:
Kurangkan sikit air kalau nak lebih pekat
Kalau nak pedas bole tambah sedikit cili.
Kalau nak masam and rumah korang tiada cuka, bole guna air asam untuk rasa masam
Comments
Post a Comment