Jom kita try masak nasi arab versi simple

    

Penerimaan dalam Kalangan Rakyat Malaysia

Ok topik kalini panjang sedikit sebab ramai lagi yang tidak tahu apa beza nasi arab, nasi kabsah dan juga nasi mandy. Meh saya cerita serba sedikit apa beza ketiga - tiga nasi ni.

Nasi Arab 

Asal : Umum (Jordan, Saudi Arabia, Yemen dan lain2) 

Ciri Utama : Nasi arab kira dia merangkumi skop Nasi Mandy dan juga Nasi Kabsah

Proses / Cara masak : macam - macam cara, ada yang kukus, bakar, rebus.

Rasa : Bergantung pada banyak sikit rempah (ada yang rasanya neutral / pedas-pedas rempah)

Nasi Mandy 

Asal : Yemen

Ciri Utama : Nasi dia guna beras panjang - panjang, ayam/daging bakar, lembut & berasap

Proses / Cara masak : Proses masak Ayam/daging dalam lubang tanah secara "tandoor" atau oven bersama nasi (maksudnya dia sekali jalan dua dua masak serentak)

Rasa : Rasa yang tak terlalu strong ke arah rempah sebaliknya lembut, aromatik, sedikit berasap (smoky)

Nasi Kabsah 

Asal : Arab Saudi

Ciri Utama : Warna merah kemerahan dan ada tomato

Proses / Cara masak : Dimasak bersama kuah tomato, rempah, dan ayam/daging

Rasa : Rasa yang strong ke arah rempah pastu ada rasa manis manis sikit

Jadi inilah dia basic mengenai nasi arab mandi dan nasi arab kabsah, senang cerita nama nasi arab ni dia macam basic kalau kita ke negara - negara arab sana dia ada macam - macam nama macam nasi mandy, nasi maqlubah, nasi kabsah dan lain - lain.

Dalam erti kata lain juga, nasi arab ni bukan lah satu resipi khusus tetapi ia adalah nama umum bagi bermacam jenis nasi tradisional dari negara - negara arab.

Pengalaman saya bersama nasi arab

Pengalaman saya bersama nasi arab ni nak kata banyak tu tiadalah tetapi saya telah melihat pelbagai jenis cara masak dari pelbagai kaedah. Ada yang kata dia punya original palestin, ada yang kata dia original syria, yemen dan lain.

Yang syoknya tu, semua tu rasa lebih kurang sama haha !, cuma ad beberapa sahaja membawa rasa yang sangat unik. Nasi arab ni bila dikaji kaji balik sebenarnya orang malaysia suka makan nasi arab (unik katanya) sebab nasi arab ni penerimaan dia lebih kurang sama dengan nasi beriani yang mana orang malaysia bole telan hari hari tanpa rasa jemu

Cuma satu jela masalah iaitu harga, harga nasi arab memang ad sesetengah nya bole sampai RM 25 satu pinggan tak pasti kenapa “maybe” sebab rempah yang digunakan atau sewa kedai dia mahal kot.

Ok dah panjang cerita ni, ajomlah kita cuba resipi ringkas yang saya sediakan untuk korang cuba di rumah !.

          


Resipi Nasi Arab Mudah (Gaya Mandy / Kabsa Ringkas)

Bahan-Bahan Utama : Adjust sukatan mengikut berapa orang makan

  1. 2 cawan beras Basmathi - jenama tak kisah (rendam 30 minit & toskan)
  2. 3 cawan air / stok ayam
  3. 1 ekor ayam (dipotong 4 atau 8, bergantung saiz)
  4. 1 biji bawang besar (dihiris)
  5. 3 ulas bawang putih (dicincang)
  6. 1 inci halia (diketuk atau ditumbuk)
  7. 2 biji tomato (Blend)
  8. 2 sudu besar tomato puri
  9. 2 sudu besar minyak sapi / mentega
  10. 1 batang kayu manis, 3 biji buah pelaga, 2 kuntum bunga cengkih, 1 daun bay
  11. Garam & serbuk kunyit secukupnya

Rempah Nasi Arab atau bole juga korang Gantikan dengan Serbuk Kabsa Mandy) :

  1. 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  2. 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  3. 1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
  4. 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  5. 1/2 sudu kecil serbuk paprika / cili kering
  6. Sedikit saffron (jika ada – direndam dalam 2 sudu susu suam)

  Cara Penyediaan:

1. Sediakan Ayam Perap & Bakar (atau goreng)

  1. Perap ayam dengan sedikit garam, serbuk kunyit, dan sedikit rempah.
  2. Bakar dalam oven (180°C selama 25–30 minit) atau bole juga korang goreng separuh masak.

2. Tumis & Masak Kuah Rempah

  1. Panaskan minyak sapi, tumis rempah penumis (kayu manis, pelaga, cengkih, daun bay atau nama lain dia daun salam).
  2. Masukkan bawang, bawang putih & halia – tumis hingga wangi.
  3. Masukkan tomato blend & tomato puri. Kacau hingga pecah minyak.
  4. Masukkan rempah nasi arab + garam. Tumis hingga wangi.
  5. Masukkan ayam separuh masak & gaul sebati.

3. Masak Nasi

  1. Masukkan beras & air/stok ayam secukupnya (ikut jenis beras dan portion berapa ramai makan).
  2. Jika guna saffron, masukkan bersama air.
  3. Masak seperti biasa (guna periuk nasi atau atas dapur).
  4. Bila nasi hampir masak, boleh letakkan ayam bakar di atas nasi & kukuskan sekejap bersama nasi (5–10 minit - bergantung banyak mana nasi).

Cadangan Hidangan:

  1. Hidang dengan acar timun & tomato
  2. Sos sambal arab (blended tomato, cili, bawang putih & lemon - kalau malas bole beli yang dah siap)
  3. Tabur kismis, badam, atau daun ketumbar sekadar penghias

Siap!

Nasi Arab homemade yang sangat mudah dan sedap. So resipi ni sangatlah sesuai untuk majlis, potluck atau makan malam istimewa bersama keluarga. Bole cuba cuba.



SELAMAT MENCUBA !

Comments

Most Viewed