JOM MASAK KARI KEPALA IKAN

 KARI KEPALA IKAN






Kalini kita bercerita mengenai salah satu lauk paling femes di Malaysia, siapa je tak pernah makan kari kepala ikan. Rata - rata rakyat Malaysia, semua pernah merasa kari kepala ikan baik versi india atau melayu. Meh saya cerita sedikit ada berapa jenis sebenarnya kari kepala ikan di Malaysia


Jenis-Jenis Kari Kepala Ikan di Malaysia



1. Kari Kepala Ikan Mamak (India Muslim)

Ha sape kaki nasi kandar, yang ni antara kuah wajib di letak di atas nasi. Bagi penggemar nasi kandar, tak sah kalau kari kepala ikan ni tiada di atas nasi selain kuah daging, sotong dan lain - lain. Kenapa kuah kari ikan mamak ni femes, ianya adalah kerana tekstur dan rasa yang kaya dengan rempah ratus seperti jintan, ketumbar, halba campur dan serbuk kari. Ada kalanya versi mamak ni ada yang mereka campur sekali bendi, tomato, cili hijau dan terung sebagai penaik rasa. Ianya disukai ramai kerana kuahnya yang pekat berlemak.






2. Kari Kepala Ikan Melayu

Ok yang ni pula versi rumah kita, versi mak mak nye kari ikan. Kari kepala ikan versi melayu ni sebenarnya tidaklah sepekat mamak style kerana rasanya yang lebih ringah tidaklah se-kick mamak dan mempunyai aroma santan yang kuat. Ianya kerana kari kepala ikan versi melayu ni rata - ratanya menggunakan santai cair atau pekat dan sukatan ni pula berbeza setiap negeri. Unik kan ? sebab tu kadang - kadang bila kita ke rumah sahabat handai, time merasa kuah kari tu ad pelbagai jenis rasa. Kita kata mak kita nye lain sikit, dia kata mak dia masak gini - gini, kat situlah uniknya kari kepala ikan ni di sini. Dan kari kepala ikan ni pula mempunyai pelbagai versi yang mana ada yang guna kerisik, serai, halia dan lengkuas. Adakalanya mak mak kita juga ada yang meletakkan bendi, terung dan cili merah sebagai penghias dan penaik rasa. Akan tetapi walaupun tekstur ada yang berbeza - beza yang pasti semuanya kurang pedas jika dibandingkan dengan kari mamak





3. Kari Kepala Ikan Nyonya

Kari kepala ikan ni rare sebab susah sikit nak jumpa yang betul - betul original sekarang. Kari kepala ikan nyonya ni sebenarnya ialah gabungan cara masakan dari melayu dan cina peranakan. Kari kepala ikan versi nyonya ni biasanya menggunakan santan, bunga kantan, daun limau purut dan juga serai sebagai penaik dan penyedap rasa. Rasa kari kepala ikan nyonya banyak kearah masam manis pedas dan ada juga variasi yang menggunakan asam jawa atau asam gelugur sebagai penambah rasa masam masam itu tadi. Ianya lebih aromatik dan ada bau - bauan herba tropika. So sape sape yang minat nak mencuba boleh la mencari sekitar kawasan anda.






4. Kari Kepala Ikan Cina (Style Teochew)

Ha yang pula versi pure style cina yang mengenakan style teochew atau (Chaozou) yang mana ianya merujuk kepada jenis masakan yang lebih ringan, segar dan tidak bersantan. Walaupun ianya tiada kehadiran santan di dalamnya ianya lebih kepada sup kari ringan masam. Untuk bahan masakan pula ianya banyak menggunakan taucu (pes kacang soya), tomato, asam, halia dan juga cili. Selepas siap dimasak ianya disajikan bersama tauhu, tomato, kubis dan juga daun bawang. Bagi peminat kari yang tidak terlalu tegar dan menginginkan rasa yang lebih santai dan ringan bole cuba versi yang ni.




5. Kari Kepala Ikan Utara (Kedah/Penang Style)

Hat ni kita sentuh sikit variasi utaqa yang mana kari kepala ikan mereka ni ada sedikit unik dari segi warna kuah yang mana kuah kari kepala ikan versi utaqa lebih kemerah merahan dan berminyak. Mereka juga menggunakan rempah kari yang lebih pekat dan guna lebih banyak cili kering kisar berbanding kari kari versi yang lain. Untuk cara masakan ada yang menggunakan santan secara sederhana atau langsung tidak menggunakannya. Bahagian rasa, kari mereka lebih pedas menyengat dek kerana rempah yang banyak itu tadi.


Dah setel pengenalan serba sedikit mengenai jenis dan variasi kepala ikan. Sekarang ayuhlah kita mula cuba membuat kari kepala ikan versi simple (melayu style)





Resipi Kari Kepala Ikan Melayu (Versi Mudah)

Untuk Bahan-bahan:

  • 1 kepala ikan merah (bebas ikan lain pun bole contoh macam kerapu)

  • bersihkan kepala ikan & belah dua jika besar

  • 3 sudu besar serbuk kari ikan

  • 200 ml santan (boleh guna kotak)

  • 1 sudu besar kerisik (optional untuk rasa lebih lemak)

  • 2 biji bawang merah (dihiris)

  • 2 ulas bawang putih (dihiris)

  • 1 batang serai (diketuk)

  • 1 tangkai daun kari

  • 1 keping asam gelugur / 1 sudu besar asam jawa

  • Sayur: bendi, tomato belah 4, cili merah

  • Garam dan gula secukup rasa

  • Air secukupnya

  • Minyak untuk menumis


Cara Penyediaan:

  1. Tumis rempah:

    • Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, serai dan daun kari hingga wangi.

    • Masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan sedikit air, tumis hingga pecah minyak.

  2. Masukkan santan & asam:

    • Tambahkan santan dan sedikit air.

    • Masukkan asam gelugur atau air asam jawa.

    • Didihkan perlahan sambil dikacau supaya santan tidak pecah.

  3. Masak kepala ikan:

    • Masukkan kepala ikan, dan biarkan ia masak selama 8–10 minit (jangan kacau kuat).

    • Masukkan bendi dan tomato.

  4. Penambah rasa:

    • Masukkan garam dan sedikit gula.

    • Boleh tambah kerisik untuk rasa lebih padu dan lemak.

    • Tambah cili merah sebagai hiasan.

  5. Sedia untuk dihidang!

    • Angkat perlahan dan hidangkan bersama nasi putih panas dan ulam, nak lebih sedap pekena sekali dengan teh tarik sarbat fuh !!!


Tips Ekstra:

  • Jika tak ada kerisik, tak perlu pun tak apa, kuah tetap sedap!

  • Santan kotak boleh digantikan dengan santan segar untuk lebih lemak.

  • Ikan mesti segar untuk elak bau hanyir naik.



SELAMAT MENCUBA !



Comments

Most Viewed