Nak tak kita belajar buat patty sendiri di rumah


Cerita pasal Burger


Sebelum kita mula buat patty segera di rumah, meh abang sodok cerita sedikit pasal burger ni. Rata - rata semua orang suka burger dan pernah rasa baik di tepi jalan mahupun di restoran - restoran besar.


Meh kita buat sedikit rumusan tentang bagaimana pendapat dan penerimaan orang malaysia tentang kehadiran burger di dalam kehidupan seharian kita.


  • Pelbagai Pilihan dan Adaptasi Tempatan
    Korang perasan tak burger - burger di Malaysia ni kan bukan sahaja hadir dalam gaya Barat, tetapi juga disesuaikan dengan citarasa tempatan macam burger Ramly, burger bakar, dan burger dengan sos cili, sambal, atau telur mata. Bukan itu sahaja burger kahwin pun ada tau.

  • Populariti di Kalangan Semua Peringkat Umur
    Saya tak tahu lah korang tetapi saya memang membesar makan burger hampir setiap hari dan kita pun jelas nampak yang dari kanak-kanak hingga dewasa, burger ni menjadi  dah menjadi pilihan mudah yang mengenyangkan, ada juga menngambilnya sebagai snek malam atau makan tengah hari.

  • Fenomena Burger Jalanan
    Gerai burger tepi jalan (terutamanya burger Ramly) menjadi ikon makanan malam rakyat Malaysia, terutamanya selepas waktu bekerja atau belajar. Sekarang dah ada macam - macam jenama, jangankan jenama bentuk burger pun ad yang unik ada yang petak yang diracik - racik pun ade.

  • Naik Taraf oleh Usahawan Tempatan
    Tadi dah cerita sikit pasal burger tepi jalan sekarang kita cerita pasal burger premium pula. Zaman sekarang ramai usahawan - usahawan muda memperkenalkan burger premium, burger artisanal, dan burger fusion yang menambahkan lagi kepelbagaian dan menarik minat golongan muda serta urban dan paling femes adalah “Smash Burger”. Saya memang hantu betul kalau jumpa “Smash Burger”, kurang - kurang 1 makan situ 1 bawak balik.

  • Diterima Sebagai Makanan Sosial
    Selain itu juga, burger sering menjadi pilihan dalam majlis santai, “food truck festivals”, dan perjumpaan sosial, menunjukkan penerimaannya bukan sekadar makanan cepat saji tetapi juga budaya makan bersama. Dalam “Food Festival” pun dah ada burger cume keras sikit la harga nya. Maklumlah sewa tapak keras hihi !



Pengalaman saya bersama burger


Selama saya review, dah bermacam - macam burger dah saya jumpa ada yang letak aiskrim, ada yang ceroi, ada yang warna hijau, ada yang picit keluar cheese dan macam - macam lagi la. Selama itu juga lah saya perasan selama saya review burger bukan main senang nak FYP dan viral mungkin sebab konsep bakar secara live tu yang membuatkan orang terliur dan ramai juga DM personal saya nak tanya cara nak bermula niaga burger ape semua, jadi saya pun terpanggil lah nak menulis satu blog pendek mengenai burger. Jadi tanpa lengah - lengah berceloteh di sini, ayuhlah kita cuba buat burger “Homemade” di rumah dengan resipi ringkas yang saya beri .




RESIPI PATTY HOMEMADE VERSI SIMPLE

Bahan-bahan (Halal) : Sama sahaja untuk ayam atau daging

  • 500g daging kisar halal (lembu atau ayam)

  • 1 biji bawang besar – dicincang halus

  • 2 ulas bawang putih – dicincang halus

  • 1 biji telur ayam

  • 3 sudu besar serbuk roti (bread crumbs)

  • 1 sudu kecil lada hitam

  • 1 sudu kecil garam

  • 1 sudu besar sos BBQ atau sos tiram halal (untuk sos bebas)

  • Sedikit minyak masak untuk menggoreng burger tu nanti


Langkah - langkah pembuatan :

1. Sediakan Bahan

Pastikan semua bahan yang digunakan adalah disahkan halal, termasuk daging kisar, telur, dan sos.

2. Campurkan Semua Bahan

Dalam mangkuk besar, masukkan:

  • Daging kisar

  • Bawang besar dan bawang putih

  • Telur, serbuk roti

  • Garam, lada hitam dan sos pilihan

Gaul hingga semua bahan sebati sepenuhnya.

3. Proses membentuk patty

Ambil segenggam adunan dan bentukkan bulat leper (saiz burger) kalau nak besar pun boleh. Ratakan tepinya supaya masak sekata.

4. Perap Seketika (bebas)

Letak dalam peti sejuk selama 30 minit untuk mantapkan tekstur burger dan rasa lebih menyerap.

5. Goreng atau Grill

Panaskan kuali atau pemanggang. Letak sedikit minyak dan masak patty selama 4–5 minit setiap bahagian hingga masak keperangan dan nampak “Juicy”.

6. Sedia DiHidang

Masukkan patty ke dalam roti burger bersama daun salad, hirisan tomato, keju, dan sos kegemaran anda.


Bagi yang vegetarian pula, ini pula untuk korang 

RESIPI PATTY HOMEMADE VERSI VEGAN & GLUTEN FREE TANPA TELUR DAN TENUSU


Bahan-bahan (Vegan + Gluten-Free):

  • 1 cawan kacang hitam atau kacang kuda rebus

  • 1 biji ubi kentang – direbus & dilecek

  • 1/2 cawan lobak merah parut

  • 1/2 cawan oat kering gluten-free (dikisar kasar jadi serbuk)

  • 1 biji bawang besar – dicincang

  • 2 ulas bawang putih – dicincang

  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis (cumin) – pilihan

  • 1/2 sudu kecil lada hitam

  • 1/2 sudu kecil serbuk paprika atau cili

  • 1 sudu besar sos tomato, BBQ atau kicap manis gluten-free (pastikan vegan dan halal)

  • Garam secukup rasa

  • Sedikit minyak untuk memasak (guna minyak sayuran)


Langkah demi langkah:

1. Lenyek & Gaul

Dalam mangkuk, lenyekkan kacang rebus dan ubi kentang. Masukkan semua bahan lain – lobak merah, bawang, bawang putih, oat, rempah, sos dan gaul sebati.

2. Membentuk Patty

Ambil adunan dan bentuk bulat leper. Jika terlalu lembik, tambahkan oat sedikit demi sedikit hingga boleh dibentuk.

3. Perap / Sejukkan (bebas)

Letakkan dalam peti sejuk selama 20–30 minit untuk patty yang lebih padat dan mudah digoreng.

4. Goreng atau Bakar

  • Goreng atas kuali non-stick dengan sedikit minyak – 3–4 minit setiap bahagian.

  • Atau bakar dalam oven suhu 180°C selama 20–25 minit (balikkan di pertengahan masa).

5. Siap!

Masukkan dalam roti vegan dan gluten-free, tambah sayur segar, sos vegan dan nikmati burger sihat tanpa rasa bersalah.


 AbangSodok Kata:

Kalau korang cuba resepi ni, jangan lupa tag @abangsodok di TikTok atau Instagram! Selamat mencuba dan selamat menjamu selera



SELAMAT MENCUBA !



Comments

Most Viewed