Tahu tak apa itu Panini Dolci Au Latte
PANINI DOLCI AL LATTE
PENGENALAN PANINI DOLCI AL LATTE
Meh kita bercerita sikit apa sebenarnya “Panini Dolci Al Latte” ni. Mesti pelik nama dia kan tapi sebenarnya dia adalah salah satu roti manis asas yang berasal dari negara Italy, dan yang menariknya roti ni sangat ringan dan bahan nak buat dia sangat lah senang. “Panini Dolci Al Latte” terjadi daripada adunan Susu, Mentega, dan telur. Roti dikenali dengan rasa yang lembut, manis, dan di atas nya kadang - kadang ada ditaburkan gula
So gambar yang kat atas tu kalau korang tahu, itulah antara sarapan harian masyarakat Itali yang mana mereka ni makan dengan kopi, ada yang abwa sebagai bekalan makan di sekolah dan kolej, minuman petang juga disajikan dengan “Panini Al Latte” ni atau nama lainnya roti manis. Selain itu juga jika kita berkunjung ke Itali, roti - roti ni sangat senang dijumpai di mana - mana bakeri berdekatan. Dia umpama mcam kita punya roti sosej hotdog la, mana - mana pon bole jumpa dan bole dimakan pada bila - bila masa
Pengalaman saya bersama “Panini Dolci Al Latte”.
Yang ni best, mula - mula saya hampir jam otak sy fikir “aku penah makan ke roti ni ?” so saya pon search la di internet bentuk - bentuk roti manis di dunia ni dan BOOM !!!, rupanya saya selalu makan roti ni kalau gi Aeon ke Lotus ke atau mana - mana bakeri la.
Bahan-bahan (yang ni untuk 10-12 biji roti kecil tau)
Kita bahagikan kepada 3 bahan asas yang murah untuk korang faham dan ikut
Bahan A (untuk aktifkan yis):
7g (1 paket) yis kering
2 sudu besar gula
1/4 cawan susu suam (jangan terlalu panas)
Bahan B (Adunan utama):
2 ½ cawan tepung roti
2 sudu besar gula tambahan
1/2 sudu kecil garam
1 biji telur
- 1/2 cawan susu suam
50g mentega (lembut, suhu bilik)
1 sudu kecil esen vanila (optional)
Bahan C (Hiasan - bebas nak letak inti pun boleh)
Sedikit susu (untuk sapuan)
Gula pasir halus (untuk taburan)
Masa untuk Penyediaan:
1. Aktifkan yis (Bahan A):
Ambil mangkuk bersaiz sedehana mengikut kuantiti bahan, campur yis, gula, dan susu suam. Biarkan 10 minit hingga berbuih.
2. Sediakan doh:
Ambil mangkuk yang bersaiz besar, campurkan semua bahan B kecuali mentega. Masukkan campuran yis tadi. Uli sehingga jadi doh yang sebati (sehingga warna nampak sekata)
3. Masukkan mentega:
Masukkan mentega sedikit demi sedikit sambil terus uli hingga doh licin dan elastik (ambil masa 10–15 minit jika uli tangan, atau 8 minit guna mixer). Simple kan.
4. Perap doh:
Tutup doh dan biarkan naik selama 1 jam atau sehingga dua kali ganda saiz.
5. Bentuk doh:
Bahagikan doh kepada 10–12 bebola kecil. Bentuk lonjong atau bulat ikut suka. Susun atas dulang pembakar.
6. Perap kali kedua:
Tutup dan biar naik lagi selama 30–45 minit.
7. Sapuan & taburan:
Sapu permukaan roti dengan sedikit susu, kemudian tabur gula pasir halus di atas.
8. Bakar:
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175°C selama 15–18 minit, atau sehingga keemasan.
Hasilnya:
Roti manis gebu, berpermukaan berkilat dan ditabur gula. Sangat sesuai dimakan begitu sahaja atau dengan sapuan jem/Nutella. Nak lagi best korang bole bubuh inti coklat di dalam nya sebelum masukkan di dalam oven, nak letak cadburry pon boleh.
Fakta Menarik lain tentang roti manis ni :
“Panini Dolci Al Latte” ni dia lebih asas berbanding panettone atau maritozzo.
Roti ni unik sebab bole custom nak masuk inti bole nak makan kosong sahaja pon bole
Roti yang sangat klasik yang mana ianya bole dikatakan hidangan bagi mereka yang berada di bandar mahupun di kampung di Italy.
Comments
Post a Comment