JOM MASAK NASI HUJAN PANAS
Nasi Hujan Panas merupakan hidangan tradisional masyarakat Melayu yang dipercayai berasal dari pengaruh kulinari India dan Timur Tengah, dengan adaptasi tempatan. Ia dikenali dengan warna-warna ceria di atas nasi putih yang wangi, menyerupai titisan hujan pelangi justeru dinamakan “hujan panas”.
Penggunaan dalam Majlis di Malaysia / Use in Malaysian Ceremonies
Nasi Hujan Panas sangat popular dalam pelbagai majlis istimewa kerana keunikan warnanya dan rasa yang sedap dan enak.
1. Majlis Perkahwinan
Ha ni biasalah kalau kita ada pergi ke majlis kahwin tak kesah belah utara ke selatan, Nasi hujan panas kadang - kadang ada dihidangkan sebagai nasi sampingan selain nasi minyak.

2. Majlis Kenduri & Jamuan Rasmi / Feast & Official Functions
Ada kala kalau - kalau kita dijemput ke majlis - majlis besar kerajaan ke atau majlis - majlis kenduri mesti ada jumpa punya nasi ni. Kerana nasi ni kiranya macam limited la tak jumpa hari - hari
Tapi kadang - kadang bila kita ke buffet ramadhan kat hotel ke resort ke, kita bole jumpa nasi ni.

Pengalaman saya bersama nasi hujan panas
Jujur saya cakap, saya sendiri pon jarang berjumpa dengan nasi ni kalau pergi review mana - mana. Ada tu ada tetapi tidak lah se-awam nasi kerabu, nasi dagang, nasi lemak dan seangkatan dengannya.
Jadi berdasarkan pengamatan saya bersama banyak kedai - kedai di tepi jalan mahupun restoran, Nasi ni banyak saya jumpa dikombinasi dengan ayam masak merah, daging masak hitam dan ayam masak rose. Ianya umpama orang kata “vibe - vibe” orang kahwin.
Nasi hujan panas ni pun walaupun bole dijumpai di gerai atau kedai - kedai yang buat konsep ala - ala orang kahwin tetapi rasa dan tekstur nasi tetap berlainan. Ianya adalah kerana proses penyiapan nasi dan beras yang digunakan adalah berbeza mengikut resipi masing - masing
Jom kita buat nasi hujan panas
Bahan-bahan Utama : Adjust sukatan mengikut berapa orang makan
3 cawan beras basmathi (dibasuh dan tos)
3 ½ cawan air atau susu cair (ikut jenis beras)
2 sudu besar minyak sapi / mentega
2 sudu besar minyak masak
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1 helai daun pandan (disimpul)
1 bawang besar (dihiris)
Sedikit pewarna makanan merah, kuning & hijau
Garam secukup rasa

Bahan Tambahan (Opsyenal) :
Daun pudina atau daun bawang untuk hiasan bila dah siap nasi
Kismis goreng atau gajus panggang sebagai hiasan bila kunyah tu orang kata da krup krap sikit haha !

Cara Memasak
1. Tumis Rempah & Bawang
Panaskan minyak masak dan minyak sapi dalam periuk.
Tumis kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, dan daun pandan hingga naik bau.
Masukkan bawang hiris dan tumis hingga keemasan.

2. Masak Beras
Masukkan beras ke dalam periuk. Gaul rata dengan bahan tumis tadi tu.
Masukkan air atau susu cair dan garam secukup rasa mengikut kesesuaian.
Masak nasi seperti biasa atas dapur. Nak syok masak guna arang kayu .

3. Letak Pewarna
Bila nasi hampir masak dan air da nampak macam da kering, titiskan pewarna merah, kuning dan hijau secara rawak di atas nasi. Ni orang kata bahagian pewarna, ikut korang la berapa banyak nak letak
Jangan kacau dulu, bagi warna tu meresap dulu. Benda ni bole buat banyak cara. Ada orang dia letak perwarna dia kacau pastu tutup periuk pastu dia ulang semula proses tadi. Jadi, bebas ikut kreativiti masing - masing.

4. Gaul & Hidang
Jadi bila da siap semua, buka periuk dan gaulkan supaya campuran warna nampak cantik
Untuk hidangan bebas nak makan dengan ayam masak merah pon bole, nak makan dengan daging masak hitam pun bole.Tapi kalau saya, saya akan makan dengan kari kambing pastu letak sikit acar jelatah dan papadom auto suuurrrrrrr !!

SELAMAT MENCUBA !
Comments
Post a Comment