Pau Sambal Gebu

 RESIPI PAU SAMBAL 


 

Pengenalan mengenai Pau Sambal :

Sebelum kita masuk ke cara penyediaan pau, apa kata kita cerita sedikit tentang Sejarah nama Pau itu sendiri :

Asal-usul perkataan :

  • “Pau” () dalam bahasa Mandarin bermaksud balut / bungkus.
  • Dalam konteks makanan, ia merujuk kepada roti atau doh yang membalut inti di dalam.
  • Di China, makanan ni dikenali sebagai baozi (包子) – sejenis roti kukus berinti.

Bagaimana sampai ke Malaysia :

  • Dibawa oleh komuniti Cina yang berhijrah ke Asia Tenggara, termasuk Tanah Melayu.
  • Dari situlah muncul pau kacang merah, pau kaya, pau daging, dan kemudian lahirlah variasi tempatan seperti pau sambal.
  • Orang Melayu dan India tempatan mula mengadaptasi pau dengan cita rasa sendiri (contohnya sambal, kari, rendang).

So begitulah cerita pasal nama pau, bawah ni kita ringkaskan sikit pasal jenis pau yang ada di Malaysia.

 

          

1. Pau Cina (Baozi / 包子)

Asal daripada komuniti Cina. Biasanya dijual di kedai kopi Cina atau dim sum.

Antara pau cina yang famous :

  • Pau kacang merah (dou sha bao)
  • Pau kaya
  • Pau sayur
  • Pau daging cincang / char siew bao (babi panggang – tapi ada versi ayam untuk halal).
  • Pau telur masin / custard.

Pau cina ni mostly teksturnya gebu, doh putih lembut, dan kebanyakan inti manis atau savory gaya Cina.


 

         

2. Pau Melayu

Orang Melayu pun ada pau jugak. Banyak dijual di pasar malam, gerai kuih, atau kantin sekolah.


Antara pau melayu yang famous :

  • Pau sambal (paling ikonik)
  • Pau kacang tanah
  • Pau kaya versi tempatan
  • Pau daging / ayam berempah
  • Pau kelapa manis

Pau orang melayu ni biasanya lebih murah, inti pedas-manis, dan ada nilai nostalgia (contoh makan waktu sekolah).


       

 

3. Pau India (Mamak / India Muslim)

Versi mamak / India Muslim pula lain gaya. Kadang dipanggil “pau kari” atau ada pengaruh roti manis kukus.


Antara pau mamak yang famous :

  • Pau kari ayam / daging
  • Pau kentang berempah
  • Pau telur
  • Ada juga yang ikut gaya roti kukus India Selatan dengan inti pedas.

Mamak punya pau pulak lebih pekat rempah, inti pedas, dan sesuai dengan selera mamak stall.

Ok itu sedikit sebanyak mengenai jenis-jenis Pau, jom kita terus ke resipi membuat pau yang lazat dan sedap.

 

Resipi Pau Kosong Gebu (Untuk Pau Sambal)

Bahan Pau :

  • 500g tepung gandum protein tinggi
  • 1 ½ sudu teh yis segera (instant yeast)
  • 3 sudu besar gula kastor
  • 2 sudu besar minyak masak / shortening
  • 250ml air suam (anggaran, tambah sikit-sikit)
  • ½ sudu teh garam
  • 1 sudu kecil baking powder

Cara Buat Pau Kosong:

  1. Campur yis dengan 2 sudu kecil gula dalam sedikit air suam. Biarkan berbuih 10 minit.
  2. Satukan tepung + baki gula + baking powder + garam dalam mangkuk besar.
  3. Masukkan campuran yis tadi bersama minyak & air sedikit demi sedikit. Uli sampai doh licin dan elastik (10–15 minit).
  4. Tutup doh dengan kain lembap, perap 1 jam atau sampai naik 2 kali ganda.
  5. Bahagikan doh jadi bebola kecil (anggaran 40–50g setiap satu).
  6. Susun atas kertas minyak dalam loyang, rehatkan lagi 20 minit.
  7. Kukus dalam pengukus yang sudah dipanaskan 10–12 minit. (Jangan buka tudung pengukus awal-awal supaya pau tak kecut).

Resipi Sambal Pedas Manis (Untuk Isi Lepas Kukus)

Bahan Sambal:

  • 2 genggam ikan bilis – digoreng garing & ketepikan
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2–3 sudu besar cili kisar (ikut tahap pedas)
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2–3 sudu besar gula (biar ada rasa manis)
  • ½ sudu kecil garam
  • ½ cawan air asam jawa
  • 3 sudu besar minyak untuk menumis

Cara Buat Sambal:

  1. Kisar bawang merah, bawang putih & halia.
  2. Tumis bahan kisar sampai garing & naik bau.
  3. Masukkan cili kisar, kacau sampai pecah minyak.
  4. Masukkan sos cili, gula, garam & air asam jawa. Biarkan mendidih dan pekat.
  5. Akhir sekali masukkan ikan bilis goreng, gaul sebati.

Cara Hidang Pau Sambal Kantin Sekolah.

  1. Ambil pau kosong yang dah siap kukus.
  2. Gunting bahagian tengah (jangan sampai putus, macam poket burger).
  3. Masukkan sambal ikan bilis pedas manis ke dalamnya.
  4. Nak garang boleh letak timun atau salad sebagai sampingan di dalam nya.
  5. Sedia untuk dihidang – memang terasa nostalgia zaman sekolah!

 

 

SELAMAT MENCUBA

 

Comments

Most Viewed