SIAPA PERNAH MASAK NASI LEMAK
Kita cerita sedikit lah tentang betapa powernya nasi lemak di Malaysia ni
Cuba nanti kita lepak - lepak try usha member member, ada tak yang tak pernah seumur hidup dia makan nasi lemak. Kompem takde, kerana apa ? kerana nasi lemak ni dah bole dikira sebagai makanan asas orang malaysia. Senang cerita dalam seminggu mesti ada punya lah sekali dua pekena nasi lemak.
Nasi lemak ni yang best nya dia bole main custom - custom, nak makan dengan rendang pon boleh, makan kosong sahaja pon boleh, nak makan dengan lauk sardin pon boleh. Nak cakap betapa mudahnya nak sedap kan nasik lemak ni makan lah dengan apa pun memang sedap. Tapi paling sedap ialah nasi lemak di rumah la !
Pengalaman saya selama review nasi lemak
Nasi lemak selama saya review, macam macam variasi saya dah jumpa, ada yang tahap pelik dia tu makan dengan durian pun ada. Tapi bila saya rasa yang nasi lemak dengan durian tu, dia sebenarnya umpama makan pulut durian je cuma nasi kalini dia beserai itu je cuma jangan campur sambal, memang hauk rasanya !
Apa yang uniknya nasi lemak ni, pacak lah kedai kat mana pun mesti ada yang menyinggah untuk membeli dan merasa sebab nasi lemak ni da macam ada template kat lidah rakyat Malaysia.
Wajib nya kalau kita membeli nasi lemak baik di “Restaurant” mahupun di tepi jalan, bahan asas dia mesti ada kalau takde memang boleh bawak bergaduh orang kata. Bahan wajib yang mesti ada ialah nasi lemak itu sendiri, kacang, timun. Ikan bilis, telur dan sambal. Ini je pun da cukup dah orang kata sebagai asas nasi lemak, yang lauk - lauk lain hanyalah sebagai orang kata penyeri sahaja.
Jadi di bawah ni saya kongsikan resipi asas untuk korang nak cuba cuba buat nasi lemak dirumah. Resipi di bawah ni hanyalah resipi asas sahaja. Segala pengubahsuaian bole dibuat mengikut resipi korang.
RESIPI NASI LEMAK (Gambar di atas hanyalah sebagai rujukan sahaja)
BAHAN-BAHAN :
Nasi Lemak :
2 cawan beras
1 cawan santan
1 cawan air
1 helai daun pandan, disimpul
1/2 sudu kecil garam
2 cawan beras
1 cawan santan
1 cawan air
1 helai daun pandan, disimpul
1/2 sudu kecil garam
Sambal:
10 tangkai cili kering, direndam
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci belacan
1 biji bawang besar, dihiris
1 sudu besar air asam jawa
1 sudu kecil gula
Garam secukup rasa
10 tangkai cili kering, direndam
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci belacan
1 biji bawang besar, dihiris
1 sudu besar air asam jawa
1 sudu kecil gula
Garam secukup rasa
Lauk & Sampingan (Ikut kesesuaian masing-masing) :
Telur rebus atau telur mata pun boleh
Kacang tanah goreng (kalau takut jerawat naik tak perlu letak pun takpe)
Ikan bilis goreng (wajib sebagai perasa manis manis masin gitu)
Timun dihiris
Telur rebus atau telur mata pun boleh
Kacang tanah goreng (kalau takut jerawat naik tak perlu letak pun takpe)
Ikan bilis goreng (wajib sebagai perasa manis manis masin gitu)
Timun dihiris
CARA-CARA
1. Masak Nasi Lemak :
Basuh beras hingga bersih.
Masukkan ke dalam rice cooker bersama santan, air, daun pandan & garam.
Masak nasi macam biasa.
Basuh beras hingga bersih.
Masukkan ke dalam rice cooker bersama santan, air, daun pandan & garam.
Masak nasi macam biasa.
2. Sambal
Kisar cili kering, bawang, bawang putih & belacan.
Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
Masukkan bawang besar hiris, air asam, gula & garam.
Masak sampai tekstur sambal pekat dan cantik warna nya.
Kisar cili kering, bawang, bawang putih & belacan.
Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
Masukkan bawang besar hiris, air asam, gula & garam.
Masak sampai tekstur sambal pekat dan cantik warna nya.
3. Sediakan Lauk & Hiasan
Goreng ikan bilis & kacang.
Rebus telur & potong timun (Nak telur mata pun bole jugak)
Goreng ikan bilis & kacang.
Rebus telur & potong timun (Nak telur mata pun bole jugak)
4. Hidangkan
Susun nasi, sambal, telur, ikan bilis, kacang & timun dalam pinggan.
Arrange rice, sambal, egg, anchovies, peanuts & cucumber on a plate.
Siap untuk dinikmati!
Susun nasi, sambal, telur, ikan bilis, kacang & timun dalam pinggan.
Arrange rice, sambal, egg, anchovies, peanuts & cucumber on a plate.
Siap untuk dinikmati!
Comments
Post a Comment