Sape pernah masak nasi ambang

 NASI AMBENG



Pada awal dulu nya, tidak semua orang mengetahui dan pernah rasa apa itu nasi ambeng. Tetapi pada masa sekarang rata - rata rakyat malaysia bole menerima rasa, dan mengakui kewujudan nasi ambeng. Bahkan ramai yang meminati nasi ambeng ini dan banyak dihidangkan jika kita ke majlis - majlis keramaian di kampung - kampung baik di johor dan juga di selangor. 


Tahukah korang sebenarnya nasi ambeng ni ada 7 jenis :


  1. Nasi Ambeng Tradisional Jawa 

Ini adalah Nasi Ambeng dari masyarakat jawa terutama yang menetap di kampung yang mana nasi jawa versi ini di susun dan dihidangkan di dalam talam besar untuk dimakan secara beramai - ramai. Nasi ambeng versi ini dihidangkan dengan lauk asas seperti ayam kicap, sambal goreng, serunding kelapa dan ikan masin dan ianya tiada hiasan yang dianggap “fancy” dan moden, ia sangat tradisional dan sederhana.  



2.       Nasi Ambeng Johor

Ini adalah nasi ambeng versi yang paling terkenal di Malaysia yang mana ianya popular dikalangan penduduk sekitar Batu Pahat, Pontian dan juga Muar. Nasi ambeng versi ini mempunyai satu ciri yang unik yang mana ianya dihidangkan bersama mi goreng basah. Untuk bahan asasnya ianya terdiri daripada ayam masak kicap, sambal goreng jawa, serunding kelapa, tempe, tauhu dan juga ikan kering. Cara makan yang simbolik iaitu di dalam talam dan dikongsi beberapa orang.


3.       Nasi Ambeng Selangor

Versi selangor pula berbeza sedikit dengan yang di atas yang mana nasi ambeng versi yang ni adalah lebih moden dan komersial yang mana ianya mempunyai lauk tambahan seperti rendang daging, sambal belacan, keli berlado, acar, keropok dan pelbagai lagi. Nasi ambeng versi selangor ni sangatlah sesuai jika dihidangkan di restoran - restoran atau katering - katering majlis rasmi.



4. Nasi Ambeng Talam Kongsi (Family Platter)

Untuk nasi ambeng yang ni masih mengekalkan konsep yang asal cuma dimakan di dalam talam yang besar yang mana ianya sekali hidang bole dimakan untuk 4-6 orang makan. Untuk bahagian lauk pula ianya disusun dengan pelbagai lauk seperti ayam, daging, udang, sambal goreng, mi, sayur lodeh dan pelbagai lagi !. Adakalanya kita bole menikmati nasi ambeng versi ni di restoran - restorang yang menyediakannya sebagai satu pakej makan bersama keluar.



5. Nasi Ambeng Set Individu

Set nasi ambeng untuk kategori solo atau dalam bahasa mudahnya seorang makan ni masih lagi mengekalkan keaslian ambeng dan ringkas yang mana ianya hadir dengan 3 - 4 lauk sahaja mengikut citarasa masing - masing. Paling sedap jika dikombinasikan dengan ayam masak kicap atau ayam masak merah.


6. Nasi Ambeng Vegetarian / Vegan

Nasi ambeng yang ni sebenarnya adalah versi simple tanpa lauk - lauk berdarah dan sangat sesuai bagi mereka yang dalam proses diet. Ianya lebih sihat jika dilihat dari sudut kesihatan dengan lauk yang tidaklah berat. Antara lauk yang bole dimakan bersama nasi ambeng ni selain tempe dan tauhu ialah serunding kelapa, sayur lodeh dan juga sayur - sayur lain seperti sayur kacang panjang bersama belacan


7. Nasi Ambeng Fusion / Moden

Ha ni versi yang ni pula lebih kearah fusion dan mungkin mendapat beberapa ketidakpuas hatian dari beberapa pihak kerana ianya mengubah asas kepada nasi ambeng kerana ianya dicampurkan dengan menu - menu alaf baru seperti ayam korea, buttermilk, lala buttermilk dan lain - lain. Ianya juga dibungkus menggunakan bungkusan moden dan tidak dimakan di dalam talam. Sesuai untuk golongan muda yang nak feel nasi ambeng di alaf yang baru.



Pengalaman saya bersama nasi ambeng


Selama saya buat review, antara makanan yang saya bole layan pagi sampai malam ialah nasi ambeng. Ni kalau jumpa orang kata jarang tak singgah, dapat sikit pun jadi lah. Nasi ambeng kegemaran saya adalah dari Johor, kalau korang nak merasa korang bole ke nasi ambang mak ana, bersebelahan petronas bandar baru uda. Harga pun murah sepinggan tak sampai Rm 9.00.


Nasi ambeng juga popular dalam kalangan content creator yang mana ianya sangat mudah untuk viral disebabkan konsep penyediannya yang unik dan dihidangkan bersama mee goreng.







Jom kita cuba buat nasi ambeng di rumah dengan versi yang paling simple saya bole sharekan.


Resipi Nasi Ambeng Simple 

  1. Untuk nasi putih bole guna beras biasa pun bole

  2. Bole stanby dalam 2 cawang (mengikut berapa orang makan)

  3. Air Secukupnya

  4. 1 Helai daun pandan (jika ada, untuk wangi)

  5. Masak nasi macam biasa



Ayam Kicap Versi paling Simple

Bahan - bahan yang digunakan :

  • 500g ayam bole potong kecil - kecil mengikut kesesuaian

  • 3 sudu besar kicap manis tak kesah brand apa apa pun bole

  • 1 sudu besar sos tiram

  • 1 sudu besar cili kisar kalau nak lebih pedas

  • 1 bawang besar dihiris

  • 2 ulas bawang putih cincang halus halus

  • Sedikit air, minyak & garam secukup rasa

Cara masak :

  1. Tumis bawang hingga naik bau

  2. Masukkan cili kisar jika ada jika tiada bole skip

  3. Masukkan ayam, gaul sampai rata dan sebati

  4. Tambah kicap, sos tiram & sedikit air secukup rasa

  5. Masak hingga ayam empuk & kuah pekat


Sambal Goreng Tempe Simple

Bahan - bahan yang digunakan :

  • 1 keping tempe dipotong kecil mengikut kesesuaian

  • 1 tauhu goreng dan potong kecil mengikut kesesuaian

  • 1 suhun rendam sehingga lembut

  • 1 sudu besar cili kisar

  • 1/2 bawang besar dihiris

  • 1 sudu kecil gula & garam secukup rasa

  • Sedikit air asam jawa

Cara masak :

  1. Goreng tempe & tauhu terlebih dahulu

  2. Tumis bawang & cili kisar

  3. Masukkan semua bahan, gaul sebati

  4. Tambah air asam & perasakan


Serunding Kelapa Ringkas

Bahan - bahan yang digunakan :

  • 1 cawan kelapa parut (putih)

  • 1 ulas bawang putih + 2 ulas bawang merah (tumbuk)

  • 1 sudu kecil gula

  • Garam secukupnya

Cara masak :

  1. Tumis bahan tumbuk di atas

  2. Masukkan kelapa dan gaul sekata sehingga cantik warna

  3. Masak hingga agak kering mengikut sesuai makan


Ikan Masin Goreng (sebagai tambahan)

  • Goreng 2–3 keping ikan masin hingga rangup


Cara Hidang


Untuk cara hidangan boleh hidang di pinggan yang besar. Talam jika ada pun bole dihidangkan. Untuk lauk bole letak ayam kicap, sambal goreng, serunding dan ikan masin di keliling. Jika nak lebih sedap bole juga dihidangkan bersama ulam - ulaman dan sambal belacan jika nak.



Tips Ringkas:


Jika nak lebih ke arah style johor bole tambah sekali mi goreng (untuk mi goreng bebas boleh buat versi basah atau kering mengikut kesesuaian). Jika nak style ala ala selangor bole tukar kan ayam kicap kepada ayam rendang.


Jadi resipi yang saya share ni sangatlah sesuai untuk keluarga keluarga kecil dan bole dihidangkan juga jika ada rumah terbuka (adjust bahan mengikut kesesuaian).



SELAMAT MENCUBA !








Comments

Most Viewed