JOM BELAJAR BUAT LENG CHEE KANG





Jom kita cerita sedikit mengenai laicikang

Laicikang, atau nama betul dia Leng Chee Kang, ialah sejenis pencuci mulut tradisional masyarakat Cina dulu dulu yang terdiri daripada bahan-bahan berkhasiat seperti biji teratai, longan kering, buah kundur, dan jeli. Laicikang ni yang bestnya kalau kena time tengah tengah panas tidak kira pagi, petang atau malam.


Penerimaan di Malaysia 

  1. Dinilai oleh Semua Kaum
    Zaman sekarang kalau kita perasan laicikang ni semua orang boleh minum tanpa banyak bunyi. Maknanya laicikang sekarang penerimaanya telah meluas terutama di Malaysia.

  2. Popular di Bazar & Gerai Minuman
    Korang perasan tak sekarang di bazaar - bazaar ramadhan atau pasar malam pun dah ramai mula meniaga laicikang ni. Dah banyak dan banyak pula variasi, macam - macam benda bole digabungkan dalam minuman laicikang ni dan harga pun berpatutan !.

  3. Fleksibel dan Sihat
    Laicikang ni bukan sahaja sedap tau, ianya juga salah satu antara minum paling berkhasiat dan sihat di dunia. Cuma harap - harap di masa akan datang, generasi - generasi muda tidak la mula mengubah suai air ni menjadi yang bukan - bukan.


Pengalaman saya bersama laicikang

Bila saya turun padang “shoot video” antara makanan atau minuman yang saya minat ialah laicikang. Ramai dah niaga air ni sekarang, yang menariknya ada salah satu brand tu nama dy “Laiciking”. So brand Laiciking ni dia buat laicikang secara berasingan maksudnya buah lain plastik, dan gula melaka lain plastik. So apa yang bagusnya dia buat macam ni ? yang bagusnya kita bole beli dan bawa kemana2 dan simpan dalam peti ais berminggu lamanya tanpa bahan - bahan tersebut rosak dan bila kata nak minum kita cuma perlu campur sahaja bahan - bahan tu dan boom! Siap!.


Selain itu juga apabila saya mengunjungi pasar malam atau pasar tani yang mana penjajanya kebanyakan cina, alangkah terkejutnya saya sebenarnya laicikang ni ad versi yang lebih sihat dan sebenarnya rasa dia tidak lah semanis yang selalu kita jumpa di kedai - kedai tomyam. Ianya sedikit tawar dan ada pula yang kelat kerana ianya sebenarnya dikira macam air ubat bagi orang demam dan lain - lain.


Kesimpulannya, laicikang ni di zaman sekarang pelbagai variasi dah wujud dan semua nya masih mengekalkan asas laicikang macam biji teratai dan lain - lain . Kesemua dijual pada harga mampu milik ada yang masih lagi serendah Rm 3 - 15 bergantung pada kawasan niaga dan “portion” yang diberikan.



Resipi Laicikang (Leng Chee Kang) 

Ajumlah kita buat laicikang versi asas bersama - sama. Tetapi jika korang ada pengubahsuaian yang nak di masukkan, silakan kerana ianya akan tetap rasa sedap. Itu yang peliknya laicikang ni. Letak la apa pun memang sedap.



Bahan-bahan Asas :

  • 1 liter air (sukatan air ni mengikut berapa ramai minum)

  • 20g biji teratai (direndam selama 3 jam)

  • 20g kacang kembang 

  • 30g longan kering

  • 30g buah kundur manis 

  • 1 sudu besar biji selasih (direndam hingga kembang)

  • 1 sudu besar jeli cincau / agar-agar (dipotong kecil)

  • 2 sudu besar gula batu / gula putih secukup rasa

  • Daun pandan (sekadar tambahan untuk pewangi aroma)



Langkah-langkah Penyediaan :

1. Rebus Bahan Utama yang di atas tadi tu

  • Didihkan air bersama biji teratai dan daun pandan hingga biji teratai lembut (±30 minit).tetapi kalau dah lembut awal bole matikan api dahulu.

2. Masukkan Longan & Kundur

  • Tambah longan kering dan buah kundur manis. Masak lagi 10 minit.


3. Masukkan Gula


  • Masukkan gula batu atau gula putih secukup rasa. Biarkan sampai gula larut.


4. Masukkan Bahan Tambahan (Selepas Tutup Api)

  • Tutup api, biarkan suam. Masukkan cincau, biji selasih, dan jeli.


5. Hidang Sejuk atau Suam

  • Boleh dihidang sejuk dengan ketulan ais atau dinikmati suam.


Tips Tambahan :

  • Yang ni bebas nak tambah - tambah bahan lain seperti kurma, gula kabung, nata de coco pun bole. Bebas asalkan rasa asal tak lari dari yang asal.




SELAMAT MENCUBA !





Comments

Most Viewed