SAPE PERNAH MAKAN KEK COKLAT MOIST
Kek Coklat Moist: Populariti yang Berkekalan
Kek coklat moist ialah salah satu pencuci mulut paling digemari di Malaysia. Dengan tekstur yang lembut, gebu dan kaya rasa coklat, ia sering menjadi pilihan utama untuk majlis keraian seperti hari jadi, pertunangan, dan juga sebagai pencuci mulut harian.
Penerimaan dalam Kalangan Rakyat Malaysia
Diterima oleh Semua Lapisan Masyarakat
Kek coklat moist ni senang kata hampir semua orang bole makan tanpa ada sebarang masalah.
Variasi Kreatif & Komersial
Diterima oleh Semua Lapisan Masyarakat
Kek coklat moist ni senang kata hampir semua orang bole makan tanpa ada sebarang masalah.
Variasi Kreatif & Komersial
Kek coklat moist versi moden sekarang ada macam - macam jenis, ada yang makan kosong begitu sahaja, ada yang ditopping coklat cair, ganache dan ada juga dikukus tanpa telur.
Mudah Didapati & Dijual
Bukan tu sahaja, zaman sekarang ni punyalah banyak bole jumpa kek ni. Dekat pasaraya mini seperti KK Mart atau 7 Eleven pun dah bole jumpa kek ni yang datang daripada vendor - vendor tempatan.
Jangan kata kat pasaraya mini, kat tepi pantai kadang - kadang berlambak orang jual dengan pelbagai jenis dan harga, tinggal pilih sahaja.
Digemari dalam Majlis & Acara
Selain tu juga, Kek coklat moist sering dijadikan pilihan utama dalam pelbagai majlis seperti:
Hari jadi
Jamuan sekolah
Majlis pejabat
Cenderahati perkahwinan
Juadah berbuka puasa
Hari jadi
Jamuan sekolah
Majlis pejabat
Cenderahati perkahwinan
Juadah berbuka puasa
Pengalaman saya bersama kek coklat moist
Sepanjang saya review rasanya da berpuluh - ratus saya review kek coklat moist ni dan semestinya kesemua video tu viral, ada yang hit sampai 10 juta tontonan total kesemua sosial media saya.
Walaubagaimanapun, ramai juga yang menyuarakan pelbagai jenis pendapat di sosial media macam mahal lah, manis lah, potong kaki lah, walhal mereka ni mencuba pun tidak kek tersebut hanya melihat sekadar dari skrin telefon sahaja. Jadi pada pendapat saya, kek coklat moist ni tidaklah orang kata manis sangat kerana saya sendiri pun pernah makan kerana ramai di luar sana yang berniaga kek ni, mereka mementingkan “richness” dan “deepness” rasa coklat tu berbanding manis.
Oleh sebab itu juga, kek coklat moist ni mempunyai banyak variasi dari segi topping, rasa dan lain - lain. Ada yang saya jumpa memang pahit sebab penggunaan “Dark Chocolate” yang banyak pada kek tersebut.
Akhir sekali, atas sebab beberapa permintaan daripada pengikut saya, saya buat satu resipi yang mudah dan senang untuk korang follow dan resipi ni juga korang bole ubah suai mengikut kesesuaian dan kreativiti korang.
Resipi Kek Coklat Moist dengan Topping Coklat Beryl's
Bahan-bahan Kek : Bole adjust ikut besar saiz kek
1 cawan gula kastor
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1 cawan serbuk koko berkualiti
1 cawan air panas
1 ½ cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
2 biji telur (gred bebas tapi yang terbaik gred A)
1 sudu kecil esen vanila (jenama lain pun bole)

Bahan-bahan Topping Coklat Beryl’s :
200g coklat masakan Beryl’s (milk atau dark)
100ml susu cair / whipping cream
1 sudu besar mentega
200g coklat masakan Beryl’s (milk atau dark)
100ml susu cair / whipping cream
1 sudu besar mentega
Cara Penyediaan :
Langkah 1: Sediakan Adunan Kek
Panaskan oven pada 160°C , sambil sambil tu nole griskan loyang bersaiz 8 inci (ikut berapa orang nak makan).
Ambil periuk kecil pastu campurkan gula, susu cair, minyak, dan serbuk koko. Lepastu panaskan atas api kecil hingga sebati.
Bila da panas, biarkan sejuk kejap ,kemudian masukkan telur dan esen vanila. Gaul sebati.
Uli tepung, baking powder, dan soda bikarbonat. Masukkan ke dalam adunan dan kacau rata.

Langkah 2: Bakar Kek
Tuang adunan tadi tu ke dalam loyang sehingga penuh.
Bakar selama 45–55 minit atau sehingga masak sepenuhnya (bile tengok warna da naik apa semua bole try test tekan-tekan guna lidi).
Tuang adunan tadi tu ke dalam loyang sehingga penuh.
Bakar selama 45–55 minit atau sehingga masak sepenuhnya (bile tengok warna da naik apa semua bole try test tekan-tekan guna lidi).
Langkah 3: Sediakan Topping Coklat Beryl’s
Untuk coklat, bole masukkan dalam mangkuk atau periuk kecil
Cairkan coklat Beryl’s secara double boiler atau microwave (tak kesah atas kuali pun bole)
Tambah susu cair / whipping cream dan mentega. Kacau hingga licin dan berkilat.

Langkah 4: Tuang Topping & Hiaskan
Lepas siap masak kek biarkan kek sejuk sepenuhnya, letak atas meja dan biarkan sahaja pun bole.
Tuang topping coklat tadi tu ke atas kek dan ratakan.
Boleh hiaskan dengan coklat parut, cip coklat, atau buah segar.
Nak lagi best, biarkan sejuk dalam peti ais

SELAMAT MENCUBA !
Comments
Post a Comment